ulangkaji ataupun study,
kenapa dinamakan ulangkaji...???
sebab....
untuk belajar,memahami dan mengingati sesuatu kita perlu ulang topik tu berkali-kali,
bukan menghafal topik tersebut.
bila da ulang,kita perlu kaji,ataupun analisis,apa yang masih kita tak faham.
mengkaji bermaksud kita perlu aktifkan otak untuk bertanya kepada diri sendiri 'kenapa jadi macam nie?' 'apa kaitan a dan b' dan jugak mengaitkan satu topik dengan topik yang lain.
Saturday, 21 December 2013
Sunday, 8 December 2013
mereka adalah pesakit..
jumaat,6 dis 2013
aku dan 14 lagi kawan yang lain pergi side visit di cure n care kat chow kit untuk subjek drug of abuse.
cure n care nie sebuah organisasi bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang bertujuan memberi ruang untuk pesakit-pesakit merasa diri mereka diterima masyarkat dan menjadi plaform untuk berubah.
cure n care nie bukan macam pusat serenti yang lebih menekankan disiplin untuk membuat mereka berubah, tapi cure n care nie lebih kepada memberi pengetahuan,dan perlindungan kepada pesakit sebab kebanyakan mereka dibuang keluarga.
sebelum tu untuk entry aku,
aku akan gunakan term pesakit bukan penagih,
sebab mereka adalah pesakit,mereka insan yang kurang bernasib baik,
maybe ramai yang berfikiran negatif terhadap mereka,
tapi kita tak tahu apa yang mereka lalui sampai mereka jadi macam tu,
kita tak terlibat mungkin sebab kita bahagia disamping keluarga,tak seperti mereka yang mungkin kurang kasih sayang.
kita tak terlibat mungkin sebab kita cukup didikan agama,tak seperti mereka yang mungkin tidak berkesempatan dan mungkin kurang mengenali tentang agama,
ada juga yang terlibat sebab tension,kecewa sebab hati mereka tak kuat,jadi kita patut bersyukur masih dikurniakan hati yang tabah mengharungi hidup,
ada dari kalangan yang terlibat berpelajaran tinggi, mereka tahu itu dadah, tapi mereka tetap menggunakannya, jadi kita patut bersyukur kita masih selamat.
ramai yang terlibat sebab ketidak sengajaan,pengaruh kawan,semua nie berpunca dari hati yang masih lemah,fikiran yang masih mentah.
jadi tak sepatutnya kita sebagai komuniti membuang mereka,
sebab mereka bukan sampah masyarakat,
ramai yang tak terlibat dengan dadah tapi selayaknya digelar sampah masyarakat,
siapa..??
mungkin orang yang makan harta-harta anak yatim...???
kadang-kadang orang yang nampak dikagumi tapi hakikatnya tetap melakukan kerosakan terhadap orang lain,sekurang-kurangnya mereka melakukan kerosakan terhadap diri sendiri,
walaupun keluar berita rompakan,pembunuhan yang melibatkan penagih, sekurang-kurannya mereka pesakit,pesakit yang mengalami mental disorder disebabkan dadah.
kadang-kadang bila orang lain melakuakan kesalahan, kesalahan tersebut mungkin berpunca dari kita.
mereka melakukan rompakan,ragut disebabkan ketiadaan wang melepaskan gian.
tapi bukan bermakna kita perlu memberi wang supaya mereka dapat membeli dadah.
salah kita sebab membuang mereka termasuk ahli keluarga,
salah kita tak membantu mereka berubah,
bila mereka cuba berubah,kita masih prejudis terhadap mereka sampai mereka rasa tiada guna untuk mereka berubah.
kadang-kadang untuk mengubah orang lain,kita yang patut mulakan perubahan. InsyaAllah.
kadang-kadang untuk mengubah orang lain,kita yang patut mulakan perubahan. InsyaAllah.
![]() |
| rawatan Methadone by pharmacist (alumni uitm) |
![]() |
| sesi perkongsian dengan pegawai cure n care |
![]() |
| meninjau sekitar cure n care |
![]() |
| classmate drug of abuse sem 3 2013 |
Saturday, 7 December 2013
stokin..
stokin...???
kenapa tiba-tiba stokin kan...?
bukan stokin selalu dikaitkan dengan busuk ke...? haha..
tapi sekarang nie aku nak cerita kepentingan stokin nie untuk perempuan.
satu hari orang kawan aku tanya,kenapa ko keluar pakai stokin...???
da lame jugak dye tanye sebenarnya,tapi baru nie sempat nak tulis.
ok,seperti yang kita semua taw,aurat seorang wanita Islam seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
tapi sebelum nie aku tak pakai pun,
sampai la satu hari masa nak pegi pasar malam,
seangkatan tentera semut menyerang kaki aku lalu abes la merah-merah kaki aku.
pastu kawan aku pun cakap dengan selamber nye 'tu la spe suruh taknak pakai stokin'
hurmmmm....lepas tu baru aku terfikir,batul jugak eh..
dan start lepas tu setiap kali aku keluar,aku pakai stokin
so jom semua pakai stokin before kene gigit ngan semut selain dari tak berdosa...
Allah s.w.t tak suruh sesuatu yang menyusahkan. :)
Saturday, 12 October 2013
Hari m.e.n.j.e.r.i.t..aaaaaaaaaaaaaaa....
Sabtu minggu lepas aku dengan 4 orang lagi classmate aku pergi bersuka-suki Times Square. Yeayyy.
Gambar-gambar bila da cool down je sempat dirakam. Time main roller coster sume,takde gambar. Semua pun da pening lalat. Tapi nak nasihatkan,kalau pegi sini jangan naik Space Attack dulu,sebab memang korang rase fobia nak main benda lain lepas tu. Better naik roller coaster yang nampak gerun gila dari naik 360 Space Attack. Lagi satu beli la air mineral siap-siap sebab air mineral dalam tu harganya 3 kali ganda dari kat luar. Tapi disebabkan sakit tekak menjerit beli jela.
Dapat jugak aku hang out jauh-jauh sikit dengan kawan-kawan aku,kalau tak setakat Setia City Mall jela,sebabnya aku memang cukup malas n takut nak berjalan jauh-jauh nie. (walaupun tak la jauh sangat dari Puncak Alam ke KL tapi jalan naik bas serius penat)
Disebabkan aku da bosan gila n sejak sem 3 nie kitaorang tak pena kua lagi,so aku pun hilangkanlah perasaan malas tu. Plus aku da lame gila nak main roller coster kt TS tu. Tapi disebabkan sorang kawan aku ade training bola tampar malam tu so kitaorang pun bermatlamat and plan untuk main je. No shopping. Yeke...?? Tengok jela.
Sampai je terus makan sebab sepanjang perjalan perut memang bagai nak gila berbunyi. Da dengar da jeritan ketakutan naik roller coster tu. huhu. Dalam pada nak main tu,tersinggah la pulak kat farmasi Caring kot,sebab kawan aku nak beli sunblock untuk games dia nanti. Daripada nak beli sunblock macam-macam pulak la duk meng'usha'. Ade dok tgok lib balam la,ginko biloba la,b complex la.Semua gara-gara lecturer kitaorang cakap dapat jpa jangan kedekut sangat spend untuk kesihatan diri. hewhew.
After solat zohor start la menjerit......walaupun aku nampak paling excited and berani tapi aku la yang paling kuat menjerit bila da main...huhu..takpe la,release tension. hehe.
![]() |
| pass masuk |
![]() |
| mula pergi kat honey bump rupa2 orang tua main cobo crush. both 'kereta langgar' |
![]() |
| naik nie pun nak jerit |
![]() |
| semua game nie bayar RM 38 dan main la selagi larat |
![]() |
| tapi nak masuk rumah hantu kena beli tiket lain,harga 9 ringgit. hantu moden kot dalam nie. |
Monday, 26 August 2013
KAHWIN
Akhir2 nie orang2 disekeliling aku banyak sangat cakap pasal soal kahwin.
Termasuk la 2 orang mak saudara yang masih bujang dan bakal berkahwin dan sepupu2 semua. Mak aku pun join skali cakap pasal kahwin.
Aku pun ter'join' la fikir pasal isi kahwin nie.
Sorang mak saudara aku cerita nak kahwinkan sepupu ngan pak cik aku serentak.
Disebabkan sepupu aku sebaya aku pun tanya la
'W da ade calon ke?'
'Ade,2 orang. Tak tau lagi nak pilih yang mane satu.'
Gulp...
Tiba2 mak aku pulak cakap
'W da ade 2 orang,kamu sorang pun takde?'
2 orang cousin ake yang sebaya dua2 dah ade calon. Aku...??
Antara isu2 yang selalu kita orang bahaskan ialah suami idaman.
Kalau aku...???
First mestilah ade pegangan agama. Tapi tak semestinya kena pegang title 'ustaz' kan. Cukup la boleh bimbing aku dan zuriat dia nanti kejalan Allah.
Tapi ade pulak yang bercakap..'orang alim nie suka kahwin banyak,tengok la Ashraf Muslim,Ustaz Azhar Idrus tu.'
Ouh...da gitu pulak. Tapi kalau yang tak kuat agama lintang pukang pulak rumah tangga nanti.
Second mesti la nak yang berharta. Takde la pulak sampai nak Datuk gitu,cukup la ade pekerjaan tetap,boleh tangung anak bini.
Pastu ade yang bagi pandangan 'kahwin ngan laki kaya nie susah,nanti mula la pasang lain'
Tapi kawan mak aku suami dia kahwin 2 jugak. Sedangkan tak de la pulak berharta,kereta pun takde.
Dah macam mane pulak tu..??
Lagi aku nak yang handsome la,tak la se'handsome' artis korea macam Jung Yong Hwa tu..huhu..(tapi kalau dapat bertuah abes),cukup la sedap mata memandang.
Ade pulak spekulasi,laki handsome nanti ramai perempuan ngorat,tak tenteram hati.
Dah gitu,tapi orang tua beranak lima pun ade jugak nak ngorat..??
Adoi...
At the end,fikir macam mane pun takde penyelesaian. Macam2 situasi terjadi dalam perkahwinan. Aku yang masih belum berkahwin nie doa jela moga2 dapat seperti ape yang diidamkan. Amin.
Termasuk la 2 orang mak saudara yang masih bujang dan bakal berkahwin dan sepupu2 semua. Mak aku pun join skali cakap pasal kahwin.
Aku pun ter'join' la fikir pasal isi kahwin nie.
Sorang mak saudara aku cerita nak kahwinkan sepupu ngan pak cik aku serentak.
Disebabkan sepupu aku sebaya aku pun tanya la
'W da ade calon ke?'
'Ade,2 orang. Tak tau lagi nak pilih yang mane satu.'
Gulp...
Tiba2 mak aku pulak cakap
'W da ade 2 orang,kamu sorang pun takde?'
2 orang cousin ake yang sebaya dua2 dah ade calon. Aku...??
Antara isu2 yang selalu kita orang bahaskan ialah suami idaman.
Kalau aku...???
First mestilah ade pegangan agama. Tapi tak semestinya kena pegang title 'ustaz' kan. Cukup la boleh bimbing aku dan zuriat dia nanti kejalan Allah.
Tapi ade pulak yang bercakap..'orang alim nie suka kahwin banyak,tengok la Ashraf Muslim,Ustaz Azhar Idrus tu.'
Ouh...da gitu pulak. Tapi kalau yang tak kuat agama lintang pukang pulak rumah tangga nanti.
Second mesti la nak yang berharta. Takde la pulak sampai nak Datuk gitu,cukup la ade pekerjaan tetap,boleh tangung anak bini.
Pastu ade yang bagi pandangan 'kahwin ngan laki kaya nie susah,nanti mula la pasang lain'
Tapi kawan mak aku suami dia kahwin 2 jugak. Sedangkan tak de la pulak berharta,kereta pun takde.
Dah macam mane pulak tu..??
Lagi aku nak yang handsome la,tak la se'handsome' artis korea macam Jung Yong Hwa tu..huhu..(tapi kalau dapat bertuah abes),cukup la sedap mata memandang.
Ade pulak spekulasi,laki handsome nanti ramai perempuan ngorat,tak tenteram hati.
Dah gitu,tapi orang tua beranak lima pun ade jugak nak ngorat..??
Adoi...
At the end,fikir macam mane pun takde penyelesaian. Macam2 situasi terjadi dalam perkahwinan. Aku yang masih belum berkahwin nie doa jela moga2 dapat seperti ape yang diidamkan. Amin.
Friday, 24 May 2013
salah ke...???
saya gadis yang cepat admire kat orang.
and boys normally.
orang yang aku admire bukan sorang dua tapi ramai.
depends berapa ramai orang yang aku jumpa sampai kawan aku pun agak pelik ngan perangai aku.
macam gatal gitu....huhu.
then aku explain kat dye.
aku admire kat dye bukan aku suka kat dye ke nak kat dye je.
aku admire sebab personaliti dye. aku cepat admire kat orang yang educated,berkarisma,sopan,berakhlak,berkepimpinan.
aku admit memang aku cepat admire kalau orang tu dah la hensem pastu azan sedap pulak.
tak pun orang yang da ada master,phD yang bercerita pengalaman diorng.
orang yang percakapan,penampilan dye penuh karisma,yakin diri. haa...cam gitu
selain dari word 'admire' tu lebih kepada kagum n respect kat orang tu.
tapi tak bermakna aku suka kat orang tu.
bila aku admire kat orang tu perumpaaannye macam angin.tiup sekejap pastu hilang.
just like that. aku bukan secret admire yang follow or stalk sume ape org buat.
aku just admire bila aku jumpa orang tu,
bila dah tak nampak,hilang cmtu jela.
aku cuma kagum ngan orang sebab perwatakan dye. tu je.
Tuesday, 9 April 2013
Perlu ke pentingkan diri..?
Mesti ramai yang pernah berhadapan dengan orang yang penting diri kan..??
Mungkin penting diri dari segi perbuatan. Mungkin jugak dari kata2 yang kurang sopan tanpa fikirkan perasaan orang lain. (tu pun pentingkan diri jugak)
Sikap yang bukan setakat bagi orang kecik hati tapi bengang n bad mud sepanjang hari.
Sikap yang memang tak disukai oleh semua orang!!!
Mesti ramai jugak yang pernah dengar statement
'kadang-kadang kita kena pentingkan diri,takde la orang pijak kepala.'
'dah dia pentingkan diri buat ape nak fikir pasal dia?kita pun kena pentingkan diri jugak,baru dia taw macam mana rasa'
'dalam hidup nie jangan nak susah fikir pasal orang lain,last2 kita jugak yang merana'
Persoalannya,perlu ke kita nak pentingkan diri dengan orang yang memang penting diri?
Pada aku kalau kita tak suka orang macam tu so kita tak payah nak jadi macam dia. Kalau kita pun buat benda yang sama macam orang tu,maknanye kita dengan dia takde beza pun. And kalau kita pun buat sikap macam tu bermakna kita pun patut tak suka diri sendiri sama macam kita tak suka orang penting diri.
Kalau kita tak suka sikap pentingkan diri,so janganlah mementingkan diri. Manusia berubah ke arah kebaikan. Tak perlu kita membalas dendam sebab rasa sakit hati ataupun dengan alasan nak bagi orang tu sedar.
Lebih baik kita terus buat baik dengan orang2 macam tu supaya perbuatan kita kat dia boleh buat dia berfikir dan sedar. Kalau balas dendam pun takde kesudahan. Masing-masing akan sakit hati. Tak salah kalau kita korbankan perasaan kita sekali kalau hasilnya mampu mengubah sikap orang lain walaupun tak senang kan..? Lagipun tak kemana orang yang suka pentingkan siri sebab hidup ni saling membantu dan toleransi dari segi perbuatan mahupun kata2. Mungkin tu ujian Allah untuk kita nak tengok sejauh mane kesabaran kita...???
Saturday, 2 March 2013
Happy Anniversary
Happy Annivesary!!!! Ulang tahun ape ye…???Couple…?? Tapi
takde bf. Perkahwinan…hehe lagi la tak.
Erm….actually arini genap setahun aku break and single.
(butunavailable)
Setahun yang lepas,tarikh yang sama ape aku tengah buat
ye…???
Ape lagi kalau tak menangis. Percintaan yang agak lama bagi
aku tapi agak standard bagi orang bercinta cukup membuatkan aku sedih dan rasa
kehilangan.
Susah aku nak terima perpisahan tu walaupun hakikatnya aku yang
mintak. Kenapa aku mintak biarlah aku je yang taw. Yang penting tak melibatkan
orang ketiga. Yeke…?? Hehe. Ntah la,tapi 90% tak.
Aku ingat lagi time tu aku lagi sebulan nak final exam untuk
sem 2 kat matrik. Memang tamparan yang agak hebat tambah-tambah aku banyak
depends kat ex aku bila kat matrik. Dia macam bestfren aku…tapi keadaan
membuatkan aku terpaksa buat keputusan nie.
Sepanjang seminggu pertama air mate jadi teman aku tiap-tiap
Sebelum tido memang comfirm la nangis. Tapi tengah makan pun kadang2
nangis,tengah mandi nangis, even dalam lecture pun pernah menitis air mata aku.
Tapi tu bukan poin utama yang aku nak cerita. Yang aku nak
share sebenarnya macam mane aku cuba bangun dari kesedihan aku berdasarkan
pengalaman aku sendiri.
Ramai orang yang akan cari couple baru after break dengan
alasan nak hilangkan rase sedih la,sunyi la,ape la. Aku teringat sembang2
kosong ngan kawan. Ramai antara kawan2 aku bersetuju dengan statement ‘kalau
sekali couple memang kita akan terus couple,susah nak single dalam jangka masa
yang lama’ Aku pun dulu setuju ngan statement tu.
Saturday, 9 February 2013
Ini takdir saya (2)
sebelum nie aku pernah tulis yang ake agak sukar nak terima takdir aku dapat cos farmasi dalam entry yang bertajuk 'ini takdir saya'
tapi baru-baru nie atuk aku masuk hospital sebab jatuh motor.
so aku pun pegi la melawat dia.
agak lama aku tak pegi melawat orang kat hospital.
so sambil melawat atuk aku tu,aku pun memerhatikanlah kerja-kerja seorang doktor.
dan akhirnya aku baru sedar yang sebenarnya doktor tu memang tak sesuai dengan perwatakan aku.
memang Allah s.w.t dah bagi yang terbaik untuk aku.
hanya aku yang tak bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah untuk aku. Astaghfirullahalazim.
tapi baru-baru nie atuk aku masuk hospital sebab jatuh motor.
so aku pun pegi la melawat dia.
agak lama aku tak pegi melawat orang kat hospital.
so sambil melawat atuk aku tu,aku pun memerhatikanlah kerja-kerja seorang doktor.
dan akhirnya aku baru sedar yang sebenarnya doktor tu memang tak sesuai dengan perwatakan aku.
memang Allah s.w.t dah bagi yang terbaik untuk aku.
hanya aku yang tak bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah untuk aku. Astaghfirullahalazim.
Tuesday, 22 January 2013
INI TAKDIR SAYA
MAK: Hari tu mak pegi skola,cikgu kamu tanye pasal kamu…???
Mak aku bukak cerita dalam kereta,aku baru je sampai kat
Medan Gopeng pukul 12.45 a.m dari Puncak Alam. Abes je final exam tengah hari
tadi malam tu jugak aku balek. Memang aku da tak sabar nak balik rumah sejak
start exam.
Aku : Cikgu ape…??? Dia Tanya ape…???
Dalam hati agak seronok sebab cikgu aku still ingat kat aku.
Siap bangga lagi kat adik aku yang baru je masuk form 1 kat skola aku dulu.
Hehe. So mak aku pun cerita la perbualan mak aku dengan Cikgu L dan seorang
lagi cikgu lelaki yang mak aku pun tak taw ape namanye,Cikgu U.
CIKGU L : Mak Mastura ye…??? Dia kat mana sekarang,,?? Dia
ambik perubatan ye…???
MAK : Dia sekarang kat Puncak Alam,amik farmasi.
CIKGU U :Geng-geng diorang tu A je lepas amik
perubatan,padahal mas dulu kat sekolah lagi pandai dari A.
MAK : Dah rezeki dia kat situ cikgu….
Aku yang baru je abis final exam tengah hari tadi and baru
je turun bas. Tak abis lagi memikirkan jawapan-jawapan yang aku jawab tadi.
Tapi sekarang ape yang mak aku cerita berlegar-legar kat fikiran aku. Sedih
dengan soalan dan statement cikgu-cikgu aku.
Dari kecik memang aku nak jadi doctor. Bila orang Tanya
kenapa nak jadi doctor…???
‘Sebab nak tengok organ dalaman’ tu la jawapan aku.
Even atuk aku pun selalu cakap aku besar nanti jadi doctor
‘Dah jadi doctor nanti boleh buat atuk rumah banglo’ tula gurauan atuk aku.
Kat dalam majalah sekolah pun aku tulis cita-cita nak jadi
doctor pakar sampai adik aku pun tanya,
‘Angah tulis kat majalah nak jadi doctor pakar,kenapa jadi
farmasi pulak…???’ soalan yang sememangnya buat adik aku kena marah.
Teringat kat A,doctor memang bukan cita-cita dia. Sejak form
1 aku kenal dia,dia nak jadi pensyarah sebab kerja tak busy macam doctor.
Tapi lepas kitaorang kua matrik aku yang nak jadi doctor
dapat cos farmasi,A yang nak jadi pensyarah ambik medic.
Sedih,memang aku sedih. Walaupun cita-cita aku nak jadi
doctor makin pudar masa kat matrik bila memikirkan kesibukan seorang
doctor,tapi still aku frust sebab tu memang impian aku dari kecik. Agak susah
sebenarnya aku nak terima takdir ni. Walaupun farmasi still dalam pilihan
aku,tapi hati aku susah nak trima lagi-lagi bila kawan-kawan aku ramai yang
dapat doctor. Selalu aku fikir ‘kenape aku kat sini..??’ Mungkin orang akan nampak
aku sebagai seorang yang tak bersyukur tapi sebenarnya aku memang bersyukur dan
aku cuba nak terima. Aku taw apa yang Allah s.w.t bagi memang terbaik untuk
aku,aku taw Allah s.w.t lebih mengatahui. Tapi aku rasa sedih,kecewa dan mula
fikir’kenapa aku dapat farmasi’ bila orang bertanya aku dapat cos ape..?? Bila
orang tanya penerimaan aku terhadap takdir aku mula tergugat. Ape yang mak aku
cerita cukup pedih sampai aku tak tidur semalaman sebab asyik berfikir.
Sedih dengan statement dari cikgu aku. Ye cikgu saya tak
lepas nak ambik medic,saya tak dpt 4 flat time mtrik tapi tolong jangan compare saya ngan A.
Farmasi…??? Ok ape,setaraf ngan doctor. Salah satu antara 3
cos critical kat Malaysia. Biasiswa jpa untuk student farmasi pun sama banyak
ngan doctor and dentistry. Mungkin orang tak taw peranan sebenar seorang
farmasi macam mane orang semua taw peranan seorang doctor.Orang mungkin nampak
pharmacist tukang bagi ubat kat kaunter ataupun kedai farmasi. Tapi orang tak
taw ape sebenarnya tugas pharmacist kat belakang kaunter. Orang tak taw betapa
pentingnya tugas seorang farmasi kat hospital. Same la macam doctor,kalau
doctor kat klinik tak sebusy doctor kat hospital.
Kepada A,aku mintak maaf sangat-sangat.Aku tak jelous sebab
kau bakal doctor aku cuma sedih bila orang compare aku ngan kau. Aku sedih bila
orang cakap ‘Tak dapat medic ke…??? A dapat medic.’
Aku tak suka orang lain dicomparekan dengan aku dan aku tak
suka aku dicomparekan dengan orang lain. Tapi aku tak berkuasa nak menghalang
orang untuk compare aku ngan orang lain ataupun orang lain dicompare ngan aku.
So please don’t make comparison,its not good for urself and others too.
Saturday, 5 January 2013
Tiket Habis :(
'Nak ke mana dik?' tanya kakak penjual tiket train.
'Nak ke ipoh.' aku menjawab penuh harapan.
'Train ke ipoh hari ni abis paling awal pukul 6 pagi esok' jawab kakak tu selamba. Senyum pun tak. (apela,keje kat kaunter tapi sombong)
'Z!!! aku nak balik!!' jerit aku tanpa mempedulikan orang sekeliling.
Terasa nak pitam je dengar tiket dah abis. Nak menitis air mata aku kat tengah-tengah orang ramai tu,nasib baik housemate aku tenangkan aku.
'Sabar-sabar kita cari tiket lain pulak'
Kenapa nak sedih sangat tiket habis...??? Macam esok nak raya je gayanya. Ermmm...mana tak sedih teringat kepenatan aku meredah dari Puncak Alam ke KL Sentral. Semuanya sebab tiket nak ke Ipoh dari Klang Sentral da abis. Tengok tiket online dari Hentian Pudu pun da abis.
Kenapa nak balik jumaat jugak...? Balik la hari Sabtu ke...??
Erm...sebabnya housemate aku ade praktikal hari Isnin,so hari Ahad dah kena balik Puncak Alam. Kalau balik hari sabtu tak sempat nak hilang penat pun. Kalau aku bali Isnin sian pulak dye tinggal sorang-sorang kat uma.
Aku dengan housemate aku pun ambil la keputusan mencuba nasib cari tiket ke KL Sentral,tak kira la bas ke train ke asalkan nak balik umah.
So hari jumaat after kelas aku pun siap-siap la barang nak balik and lebih kurang pukul 3.30 aku pun turun tunggu bas U90 kat Kolej Angsana UiTM Puncak Alam. Matlamat aku ngan housemate aku naik sampai ke Seksyen 2 Shah Alam.Tu la yang diajar oleh housemate aku lagi sorang. Sementara tunggu bas tu kitaorang pun pegi la beli coolblog kejap,hilangkan dahaga. Keluar je dari kafe angsana bas pun sampai,tapi da ramai orang tunggu depan pintu.
Tuesday, 1 January 2013
selamat tahun baru 2013
Happy new year...:)
Tahun 2013 sudah menjelma bagi kalendar masihi. Tapi bagi umat islam kita da menyambut terlebih dahulu tahun baru hijrah.
20 tahun sudah. Takde lagi belas-belas kat belakang.
Walaupun birthday belum lagi tapi bila orang tanya 'umur berapa?' still kena jawab 20 tahun jugak. Tak pernah dibuat orang jawab 19 tahun 7 bulan 3 hari ke kecuali nak gedik-gedik. haha.
Harap tahun ni biarlah tahun yang banyak melakarkan kejayaan dan pengalaman manis. Tapi dugaan itu pasti datang untuk makhluk yang bernama manusia. Manusia tak bolah mengelak dari perasaan sedih mahupun kecewa. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah s.w.t. Kegembiraan mahupun kesedihan adalah milik dari Allah s.w.t dan keduanya-duanya adalah ujian dari Allah. Kegembiraan adalah ujian terhadap manusia untuk melihat sejauh mana kebergantungan kita terhadap Allah s.w.t sewaktu senang. Kesedihan mahupun kekecewaan pula ujian yang adakalanya mengingatkan dan mendekatkan kita terhadap Allah. Ada manusia yang semakin alpa dengan kesenangan,ada juga manusia yang semakin bersyukur dengan kesenangan yang dimiliki,Alhamdulillah. Ada manusia yang jauh dari Allah s.w.t bila kekecewaan melanda ada pula yang kembali ke jalan Allah dengan kekecewaan ataupun kegagalan yang datang. Allah s.w.t menguji dengan pelbagai cara,sebagai seorang Islam kita perlu sentiasa berdoa agar sentiasa dekat dengan Allah ketika susah mahupun senang. InsyaAllah.
Disaat ujian datang,perkara yang penting ialah bagaimana kematangan usia kita menjadikan kita bijak untuk menangani setiap masalah dan dugaan yang datang. Seperti bersampan di tengah laut,sampan pasti dipukul ombak. Dalam mengharungi ujian yang datang manusia tak boleh untuk berputus asa dan menangisi sesuatu sebaliknya kita perlu bergerak untuk melakukan perubahan dan kuat dengan halangan yang mendatang.
Mulakan tahun baru dengan rancangan yang baik untuk masa hadapan disamping perlu sentiasa berdoa agar rancangan dipermudahkan Allah s.w.t. Jadikan planner sebagai habit untuk mengatur jadual harian,mingguan,bulanan dan seterusnya. Planner akan menjadikan kita lebih teratur,berdisiplin,menghargai masa,berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan. Planner juga akan mengelakkan kita lupa tarikh-tarikh penting. Sebagai contoh,kalau kita mencatatkan tarikh test ataupun exam jadi setiap kali kita manyemak aktiviti harian kita akan sentiasa berwaspada. Tambah-tambah lagi kalau dalam semingu macam-macam benda kena diselesaikan tak ada la yang tertinggal ataupun terlupa.
Kalau takde planner pun tahu je bila nak exam,tahu je apa nak buat...???? Yes3,memang betul tapi bila kita jadikan planner sebagai rutin harian untuk disemak kita akan lebih sedar dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan lagi-lagi pelajar. Sama ada nak bertindak ataupun tak bergantung kepada diri sendiri.
Selain daripada beli diary planner,manfaatkan planner dalam smartphone. Kalau takde download letak dalam laptop pun boleh. :)
Subscribe to:
Comments (Atom)










.jpg)
.jpg)