Happy Annivesary!!!! Ulang tahun ape ye…???Couple…?? Tapi
takde bf. Perkahwinan…hehe lagi la tak.
Erm….actually arini genap setahun aku break and single.
(butunavailable)
Setahun yang lepas,tarikh yang sama ape aku tengah buat
ye…???
Ape lagi kalau tak menangis. Percintaan yang agak lama bagi
aku tapi agak standard bagi orang bercinta cukup membuatkan aku sedih dan rasa
kehilangan.
Susah aku nak terima perpisahan tu walaupun hakikatnya aku yang
mintak. Kenapa aku mintak biarlah aku je yang taw. Yang penting tak melibatkan
orang ketiga. Yeke…?? Hehe. Ntah la,tapi 90% tak.
Aku ingat lagi time tu aku lagi sebulan nak final exam untuk
sem 2 kat matrik. Memang tamparan yang agak hebat tambah-tambah aku banyak
depends kat ex aku bila kat matrik. Dia macam bestfren aku…tapi keadaan
membuatkan aku terpaksa buat keputusan nie.
Sepanjang seminggu pertama air mate jadi teman aku tiap-tiap
Sebelum tido memang comfirm la nangis. Tapi tengah makan pun kadang2
nangis,tengah mandi nangis, even dalam lecture pun pernah menitis air mata aku.
Tapi tu bukan poin utama yang aku nak cerita. Yang aku nak
share sebenarnya macam mane aku cuba bangun dari kesedihan aku berdasarkan
pengalaman aku sendiri.
Ramai orang yang akan cari couple baru after break dengan
alasan nak hilangkan rase sedih la,sunyi la,ape la. Aku teringat sembang2
kosong ngan kawan. Ramai antara kawan2 aku bersetuju dengan statement ‘kalau
sekali couple memang kita akan terus couple,susah nak single dalam jangka masa
yang lama’ Aku pun dulu setuju ngan statement tu.
Tapi after aku break aku da janji ngan diri sendiri yang aku
taknak couple dah walaupun dalam hati ‘boleh ke…???’ Tapi sekarang aku da
buktikan yang aku bolah single after setahun,satu jangka masa yang agak lama
kan…??
So ape yang aku buat bila break ye..???
Sebelum buat ape2 pun berzikir la banyak2 supaya boleh tenangkan hati dan dapat megelakkan dari buat benda2 bodoh macam bunuh diri. Ok lepas tu memang tak mungkin dielakkan tambah2 lagi perempuan
adalah nangis!! Agak hipokrit kalau aku cakap jangan nangis.so nangis la sepuas-puasnya. Nangis tak bermaksud kita lemah. Tapi aku
rase nangis agak bagus nak lepaskan kesedihan tapi jangan la sampai abaikan
makan,pelajaran ngan life kita. Kalau kita tahan airmata hati akan rasa lagi
sakit dan perit. Tapi bila kita nangis,sampai satu masanya dah takkan ade air
mata dah disebabkan perpisahan tu. Aku sendiri pun,sebulan pertama hampir tiap2
hari aku nagis tapi lama berkurang dan berkurang dan sekarang memang takde ape
yang aku nak nangiskan even bila tengok gambar ex aku ataupun teringatkan
kenangan2 aku ngan dia. Nangis tu akan buat kita rase lebih tenang.
Second,bila da tenang cuba muhasabah diri. Ingat Allah
banyak2. Ucapkan syukur sebab kita dah tak couple sebab memang tak elok pun
couple nie kan. Cuba amik kertas,lipat dua dan list kan kebaikan single and
keburukan couple. Tapi make sure la keburukan tu kena lagi banyak. Even kita tak
berapa nak setuju atau terima dengan statement tu just tulis. Contohnya
kebaikan couple dapat jauhkan diri dari maksiat,takde siapa nak sakitkan
hati…bla3. List kan jugak ape keburukan yg ex kita selalu buat macam selalu
kongkong ke ape ke…(contoh nie takde kene mengena ngan aku pun)
Third luahkan dekat seseorang supaya kita dapat lepaskan ape
yang terbuku dalam hati. Simpan masalah sorang2 just akan buatkan kita
bertambah sedih dan pressure. Aku pun dulu terpaksa la kawan-kawan aku yang
tertentu menadah telinga mendengar tangisan aku. (kalau orang berkenaan baca
just diam je la. secret.) Beringgit2 la credit abis sebab cerita aku yang panjang
berjela. Sama ada ikhlas nak dengar ataupun tak tu tolak tepi dulu. Better cerita dekat orang yang boleh dipercayai la. Aku dulu cerita dekat orang yang aku baru melatakkan kepercayaan kat dia sebab selama aku couple aku percayakan ex aku untuk mendengar cerita2 aku dan menyebabkan aku hilang punca nak cerita kat sape bila dia takde. Tapi kena ingat,jangan terlalu mengharapkan orang untuk mendengar macam ape yang aku buat dulu sebab aku lupa dan kita perlu sedar dan terima orang tu ade banyak komitmen lain.
p/s untuk orang yang meminjamkan telinga untuk aku:sory sebab aku tak sedar yang kau ade komitmen lain masa tu dan menyebabkan aku terlalu banyak susahkan kau. so sorry...but tq anyway. You help me a lot till now.
Next,block segala fb n twitter ex bf dan kalau perlu just
buang sume hadiah ataupun ape saje dari ex kita. Memang agak nampak
kebudak-budakan ataupn kurang matang tapi aku rase impaknya sangat besar untuk
kita. Sebab ape…??? Kalau tak block 98% aku comfirm bila bukak fb mesti kita
usha fb ex kita jugak kn…?? Ape jadi kalau tiba2 baru je break kita nampat dye
bercoment2 ngan pmpuan lain ataupun lebih dasyat lagi da update awek baru, Tak
ke kita akan bertambah2 sedih. So lebih baik kalau kita tak amik taw pasal ex
kita dan tu kan memudahkan lagi kita nak lupakan dia. Nanti one day bila kita
da sure boleh terima unblock jela.
Lepas tu cuba baca buku-buku atau novel-novel cinta lepas
nikah. Sekrang pun kat fb da banyak orang post pasal bercinta lepas nikah.
Contohnya Cinta High Class ke,Ayat-ayat Cinta ke, InsyaAllah lepas tu kita
takde rase nak bercinta sangat,bersyukur lagi ade la. Rase nak bercinta terus
bertukar jadi rasa nak kawin (maksudnya bercinta lepas kawin). Tengok pulak Irma Hasmi ngan husband dye. So sweetttttt. Tengok pulak Dena Bahrin ngan husband dye. Bestttnyeee. Mungkin pesepsi kita akan berubah untuk hubungan yang halal. Manusia berubah kan,mencari kebaikan. Mungkin dengan baca ataupun tengok pengalaman hidup orang lain akan bantu kita berubah mencari kebaikan. :)
Selain tu elakkan bila dengar lagu2 sedih. Nanti mula la hati pun melayang-layang kononnya teringat orang disana. ;)
Dengar lagu2 yang boleh buat kita semangat sikit. Kalau aku,suka dengar lagu Derita Merindu sebab lirik dye cakap at the end kita akan rasa seolah kita tak kenal pun sape ex kita bila kita terserempak suatu hari nanti.
Ahli Fiqir - Derita Merindu
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Chorus
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita
Ulang Chorus
Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan
Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Ulang Chorus 2X
Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
Tapi tak semudah yang disangka. Banyak dugaan dan bukan senang nak bangkit bila jatuh. Tapi yang paling penting perubahan yang kita lalui dari sehari ke sehari. Tak kisah la berapa banyak masa pun yang diambil. Satu dugaan paling besar adalah sunyi. Tak taw nak cerita kat sape bila kita rasa perlukan orang untuk mandengar. Kawan...?? Mungkin..tapi tak selalu. Masing-masing punya hal sendiri. Ade awek la bf la,busy la. Memang tak boleh nak mengharapkan sangat.
Tapi bila sedih just try to call anybody yang ikhlas nak dengar dan orang yang aku selalu call lepas single adalah..emak. Dulu mase couple pun selalu tepon mak tapi sekarang aku belajar untuk meluahkan perasaan dan masalah2 remaja aku kat mak instead of my bf.
Sekarang,after setahun aku akan teruskan janji aku ‘stay
single’. Walaupun aku belum ok 100% tapi aku berjaya buat perubahan yang besar. Belum 100% bukan bermakna aku mengharap cuma kadang-kadang pendirian tergugat. Kadang2 hati terkenang. Aku janji untuk single bukan sebab kecewa ataupun fobia cuma after aku break n bila umur pun da
makin bertambah aku rasa couple tu agak tak releven. Kenapa aku cakap tak
releven,next post.

No comments:
Post a Comment