Mesti ramai yang pernah berhadapan dengan orang yang penting diri kan..??
Mungkin penting diri dari segi perbuatan. Mungkin jugak dari kata2 yang kurang sopan tanpa fikirkan perasaan orang lain. (tu pun pentingkan diri jugak)
Sikap yang bukan setakat bagi orang kecik hati tapi bengang n bad mud sepanjang hari.
Sikap yang memang tak disukai oleh semua orang!!!
Mesti ramai jugak yang pernah dengar statement
'kadang-kadang kita kena pentingkan diri,takde la orang pijak kepala.'
'dah dia pentingkan diri buat ape nak fikir pasal dia?kita pun kena pentingkan diri jugak,baru dia taw macam mana rasa'
'dalam hidup nie jangan nak susah fikir pasal orang lain,last2 kita jugak yang merana'
Persoalannya,perlu ke kita nak pentingkan diri dengan orang yang memang penting diri?
Pada aku kalau kita tak suka orang macam tu so kita tak payah nak jadi macam dia. Kalau kita pun buat benda yang sama macam orang tu,maknanye kita dengan dia takde beza pun. And kalau kita pun buat sikap macam tu bermakna kita pun patut tak suka diri sendiri sama macam kita tak suka orang penting diri.
Kalau kita tak suka sikap pentingkan diri,so janganlah mementingkan diri. Manusia berubah ke arah kebaikan. Tak perlu kita membalas dendam sebab rasa sakit hati ataupun dengan alasan nak bagi orang tu sedar.
Lebih baik kita terus buat baik dengan orang2 macam tu supaya perbuatan kita kat dia boleh buat dia berfikir dan sedar. Kalau balas dendam pun takde kesudahan. Masing-masing akan sakit hati. Tak salah kalau kita korbankan perasaan kita sekali kalau hasilnya mampu mengubah sikap orang lain walaupun tak senang kan..? Lagipun tak kemana orang yang suka pentingkan siri sebab hidup ni saling membantu dan toleransi dari segi perbuatan mahupun kata2. Mungkin tu ujian Allah untuk kita nak tengok sejauh mane kesabaran kita...???