Tuesday, 22 January 2013

INI TAKDIR SAYA


MAK: Hari tu mak pegi skola,cikgu kamu tanye pasal kamu…???

Mak aku bukak cerita dalam kereta,aku baru je sampai kat Medan Gopeng pukul 12.45 a.m dari Puncak Alam. Abes je final exam tengah hari tadi malam tu jugak aku balek. Memang aku da tak sabar nak balik rumah sejak start exam.

Aku : Cikgu ape…??? Dia Tanya ape…???

Dalam hati agak seronok sebab cikgu aku still ingat kat aku. Siap bangga lagi kat adik aku yang baru je masuk form 1 kat skola aku dulu. Hehe. So mak aku pun cerita la perbualan mak aku dengan Cikgu L dan seorang lagi cikgu lelaki yang mak aku pun tak taw ape namanye,Cikgu U.

CIKGU L : Mak Mastura ye…??? Dia kat mana sekarang,,?? Dia ambik perubatan ye…???

MAK : Dia sekarang kat Puncak Alam,amik farmasi.

CIKGU U :Geng-geng diorang tu A je lepas amik perubatan,padahal mas dulu kat sekolah lagi pandai dari A.

MAK : Dah rezeki dia kat situ cikgu….

Aku yang baru je abis final exam tengah hari tadi and baru je turun bas. Tak abis lagi memikirkan jawapan-jawapan yang aku jawab tadi. Tapi sekarang ape yang mak aku cerita berlegar-legar kat fikiran aku. Sedih dengan soalan dan statement cikgu-cikgu aku.

Dari kecik memang aku nak jadi doctor. Bila orang Tanya kenapa nak jadi doctor…???

‘Sebab nak tengok organ dalaman’ tu la jawapan aku.

Even atuk aku pun selalu cakap aku besar nanti jadi doctor ‘Dah jadi doctor nanti boleh buat atuk rumah banglo’ tula gurauan atuk aku.

Kat dalam majalah sekolah pun aku tulis cita-cita nak jadi doctor pakar sampai adik aku pun tanya,
‘Angah tulis kat majalah nak jadi doctor pakar,kenapa jadi farmasi pulak…???’ soalan yang sememangnya buat adik aku kena marah.

Teringat kat A,doctor memang bukan cita-cita dia. Sejak form 1 aku kenal dia,dia nak jadi pensyarah sebab kerja tak busy macam doctor.
Tapi lepas kitaorang kua matrik aku yang nak jadi doctor dapat cos farmasi,A yang nak jadi pensyarah ambik medic.

Sedih,memang aku sedih. Walaupun cita-cita aku nak jadi doctor makin pudar masa kat matrik bila memikirkan kesibukan seorang doctor,tapi still aku frust sebab tu memang impian aku dari kecik. Agak susah sebenarnya aku nak terima takdir ni. Walaupun farmasi still dalam pilihan aku,tapi hati aku susah nak trima lagi-lagi bila kawan-kawan aku ramai yang dapat doctor. Selalu aku fikir ‘kenape aku kat sini..??’ Mungkin orang akan nampak aku sebagai seorang yang tak bersyukur tapi sebenarnya aku memang bersyukur dan aku cuba nak terima. Aku taw apa yang Allah s.w.t bagi memang terbaik untuk aku,aku taw Allah s.w.t lebih mengatahui. Tapi aku rasa sedih,kecewa dan mula fikir’kenapa aku dapat farmasi’ bila orang bertanya aku dapat cos ape..?? Bila orang tanya penerimaan aku terhadap takdir aku mula tergugat. Ape yang mak aku cerita cukup pedih sampai aku tak tidur semalaman sebab asyik berfikir.

Sedih dengan statement dari cikgu aku. Ye cikgu saya tak lepas nak ambik medic,saya tak dpt 4 flat time mtrik  tapi tolong jangan compare saya ngan A.

Farmasi…??? Ok ape,setaraf ngan doctor. Salah satu antara 3 cos critical kat Malaysia. Biasiswa jpa untuk student farmasi pun sama banyak ngan doctor and dentistry. Mungkin orang tak taw peranan sebenar seorang farmasi macam mane orang semua taw peranan seorang doctor.Orang mungkin nampak pharmacist tukang bagi ubat kat kaunter ataupun kedai farmasi. Tapi orang tak taw ape sebenarnya tugas pharmacist kat belakang kaunter. Orang tak taw betapa pentingnya tugas seorang farmasi kat hospital. Same la macam doctor,kalau doctor kat klinik tak sebusy doctor kat hospital.

Kepada A,aku mintak maaf sangat-sangat.Aku tak jelous sebab kau bakal doctor aku cuma sedih bila orang compare aku ngan kau. Aku sedih bila orang cakap ‘Tak dapat medic ke…??? A dapat medic.’

Aku tak suka orang lain dicomparekan dengan aku dan aku tak suka aku dicomparekan dengan orang lain. Tapi aku tak berkuasa nak menghalang orang untuk compare aku ngan orang lain ataupun orang lain dicompare ngan aku. So please don’t make comparison,its not good for urself and others too. 

Saturday, 5 January 2013

Tiket Habis :(

'Nak ke mana dik?' tanya kakak penjual tiket train.


'Nak ke ipoh.' aku menjawab penuh harapan.


'Train ke ipoh hari ni abis paling awal pukul 6 pagi esok' jawab kakak tu selamba. Senyum pun tak. (apela,keje kat kaunter tapi sombong)

'Z!!! aku nak balik!!' jerit aku tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Terasa nak pitam je dengar tiket dah abis. Nak menitis air mata aku kat tengah-tengah orang ramai tu,nasib baik housemate aku tenangkan aku.
'Sabar-sabar kita cari tiket lain pulak'

Kenapa nak sedih sangat tiket habis...??? Macam esok nak raya je gayanya. Ermmm...mana tak sedih teringat kepenatan aku meredah dari Puncak Alam ke KL Sentral. Semuanya sebab tiket nak ke Ipoh dari Klang Sentral da abis. Tengok tiket online dari Hentian Pudu pun da abis. 

Kenapa nak balik jumaat jugak...? Balik la hari Sabtu ke...??
Erm...sebabnya housemate aku ade praktikal hari Isnin,so hari Ahad dah kena balik Puncak Alam. Kalau balik hari sabtu tak sempat nak hilang penat pun. Kalau aku bali Isnin sian pulak dye tinggal sorang-sorang kat uma.

Aku dengan housemate aku pun ambil la keputusan mencuba nasib cari tiket ke KL Sentral,tak kira la bas ke train ke asalkan nak balik umah. 
So hari jumaat after kelas aku pun siap-siap la barang nak balik and lebih kurang pukul 3.30 aku pun turun tunggu bas U90 kat Kolej Angsana UiTM Puncak Alam. Matlamat aku ngan housemate aku naik sampai ke Seksyen 2 Shah Alam.Tu la yang diajar oleh housemate aku lagi sorang. Sementara tunggu bas tu kitaorang pun pegi la beli coolblog kejap,hilangkan dahaga. Keluar je dari kafe angsana bas pun sampai,tapi da ramai orang tunggu depan pintu.

Tuesday, 1 January 2013

selamat tahun baru 2013

Happy new year...:)
Tahun 2013 sudah menjelma bagi kalendar masihi. Tapi bagi umat islam kita da menyambut terlebih dahulu tahun baru hijrah.
20 tahun sudah. Takde lagi belas-belas kat belakang.
Walaupun birthday belum lagi tapi bila orang tanya 'umur berapa?' still kena jawab 20 tahun jugak. Tak pernah dibuat orang jawab 19 tahun 7 bulan 3 hari ke kecuali nak gedik-gedik. haha.

Harap tahun ni biarlah tahun yang banyak melakarkan kejayaan dan pengalaman manis. Tapi dugaan itu pasti datang untuk makhluk yang bernama manusia. Manusia tak bolah mengelak dari perasaan sedih mahupun kecewa. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah s.w.t. Kegembiraan mahupun kesedihan adalah milik dari Allah s.w.t dan keduanya-duanya adalah ujian dari Allah. Kegembiraan adalah ujian terhadap manusia untuk melihat sejauh mana kebergantungan kita terhadap Allah s.w.t sewaktu senang. Kesedihan mahupun kekecewaan pula ujian yang adakalanya mengingatkan dan mendekatkan kita terhadap Allah. Ada manusia yang semakin alpa dengan kesenangan,ada juga manusia yang semakin bersyukur dengan kesenangan yang dimiliki,Alhamdulillah. Ada manusia yang jauh dari Allah s.w.t bila kekecewaan melanda ada pula yang kembali ke jalan Allah dengan kekecewaan ataupun kegagalan yang datang. Allah s.w.t menguji dengan pelbagai cara,sebagai seorang Islam kita perlu sentiasa berdoa agar sentiasa dekat dengan Allah ketika susah mahupun senang. InsyaAllah.

Disaat ujian datang,perkara yang penting ialah bagaimana kematangan usia kita menjadikan kita bijak untuk menangani setiap masalah dan dugaan yang datang. Seperti bersampan di tengah laut,sampan pasti dipukul ombak. Dalam mengharungi ujian yang datang manusia tak boleh untuk berputus asa dan menangisi sesuatu sebaliknya kita perlu bergerak untuk melakukan perubahan dan kuat dengan halangan yang mendatang.









Mulakan tahun baru dengan rancangan yang baik untuk masa hadapan disamping perlu sentiasa berdoa agar rancangan dipermudahkan Allah s.w.t. Jadikan planner sebagai habit untuk mengatur jadual harian,mingguan,bulanan dan seterusnya. Planner akan menjadikan kita lebih teratur,berdisiplin,menghargai masa,berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan. Planner juga akan mengelakkan kita lupa tarikh-tarikh penting. Sebagai contoh,kalau kita mencatatkan tarikh test ataupun exam jadi setiap kali kita manyemak aktiviti harian kita akan sentiasa berwaspada. Tambah-tambah lagi kalau dalam semingu macam-macam benda kena diselesaikan tak ada la yang tertinggal ataupun terlupa.

Kalau takde planner pun tahu je bila nak exam,tahu je apa nak buat...???? Yes3,memang betul tapi bila kita jadikan planner sebagai rutin harian untuk disemak kita akan lebih sedar dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan lagi-lagi pelajar. Sama ada nak bertindak ataupun tak bergantung kepada diri sendiri. 

Selain daripada beli diary planner,manfaatkan planner dalam smartphone. Kalau takde download letak dalam laptop pun boleh. :)