Tuesday, 1 January 2013

selamat tahun baru 2013

Happy new year...:)
Tahun 2013 sudah menjelma bagi kalendar masihi. Tapi bagi umat islam kita da menyambut terlebih dahulu tahun baru hijrah.
20 tahun sudah. Takde lagi belas-belas kat belakang.
Walaupun birthday belum lagi tapi bila orang tanya 'umur berapa?' still kena jawab 20 tahun jugak. Tak pernah dibuat orang jawab 19 tahun 7 bulan 3 hari ke kecuali nak gedik-gedik. haha.

Harap tahun ni biarlah tahun yang banyak melakarkan kejayaan dan pengalaman manis. Tapi dugaan itu pasti datang untuk makhluk yang bernama manusia. Manusia tak bolah mengelak dari perasaan sedih mahupun kecewa. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah s.w.t. Kegembiraan mahupun kesedihan adalah milik dari Allah s.w.t dan keduanya-duanya adalah ujian dari Allah. Kegembiraan adalah ujian terhadap manusia untuk melihat sejauh mana kebergantungan kita terhadap Allah s.w.t sewaktu senang. Kesedihan mahupun kekecewaan pula ujian yang adakalanya mengingatkan dan mendekatkan kita terhadap Allah. Ada manusia yang semakin alpa dengan kesenangan,ada juga manusia yang semakin bersyukur dengan kesenangan yang dimiliki,Alhamdulillah. Ada manusia yang jauh dari Allah s.w.t bila kekecewaan melanda ada pula yang kembali ke jalan Allah dengan kekecewaan ataupun kegagalan yang datang. Allah s.w.t menguji dengan pelbagai cara,sebagai seorang Islam kita perlu sentiasa berdoa agar sentiasa dekat dengan Allah ketika susah mahupun senang. InsyaAllah.

Disaat ujian datang,perkara yang penting ialah bagaimana kematangan usia kita menjadikan kita bijak untuk menangani setiap masalah dan dugaan yang datang. Seperti bersampan di tengah laut,sampan pasti dipukul ombak. Dalam mengharungi ujian yang datang manusia tak boleh untuk berputus asa dan menangisi sesuatu sebaliknya kita perlu bergerak untuk melakukan perubahan dan kuat dengan halangan yang mendatang.









Mulakan tahun baru dengan rancangan yang baik untuk masa hadapan disamping perlu sentiasa berdoa agar rancangan dipermudahkan Allah s.w.t. Jadikan planner sebagai habit untuk mengatur jadual harian,mingguan,bulanan dan seterusnya. Planner akan menjadikan kita lebih teratur,berdisiplin,menghargai masa,berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan. Planner juga akan mengelakkan kita lupa tarikh-tarikh penting. Sebagai contoh,kalau kita mencatatkan tarikh test ataupun exam jadi setiap kali kita manyemak aktiviti harian kita akan sentiasa berwaspada. Tambah-tambah lagi kalau dalam semingu macam-macam benda kena diselesaikan tak ada la yang tertinggal ataupun terlupa.

Kalau takde planner pun tahu je bila nak exam,tahu je apa nak buat...???? Yes3,memang betul tapi bila kita jadikan planner sebagai rutin harian untuk disemak kita akan lebih sedar dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan lagi-lagi pelajar. Sama ada nak bertindak ataupun tak bergantung kepada diri sendiri. 

Selain daripada beli diary planner,manfaatkan planner dalam smartphone. Kalau takde download letak dalam laptop pun boleh. :)





No comments:

Post a Comment