Saturday, 5 January 2013

Tiket Habis :(

'Nak ke mana dik?' tanya kakak penjual tiket train.


'Nak ke ipoh.' aku menjawab penuh harapan.


'Train ke ipoh hari ni abis paling awal pukul 6 pagi esok' jawab kakak tu selamba. Senyum pun tak. (apela,keje kat kaunter tapi sombong)

'Z!!! aku nak balik!!' jerit aku tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Terasa nak pitam je dengar tiket dah abis. Nak menitis air mata aku kat tengah-tengah orang ramai tu,nasib baik housemate aku tenangkan aku.
'Sabar-sabar kita cari tiket lain pulak'

Kenapa nak sedih sangat tiket habis...??? Macam esok nak raya je gayanya. Ermmm...mana tak sedih teringat kepenatan aku meredah dari Puncak Alam ke KL Sentral. Semuanya sebab tiket nak ke Ipoh dari Klang Sentral da abis. Tengok tiket online dari Hentian Pudu pun da abis. 

Kenapa nak balik jumaat jugak...? Balik la hari Sabtu ke...??
Erm...sebabnya housemate aku ade praktikal hari Isnin,so hari Ahad dah kena balik Puncak Alam. Kalau balik hari sabtu tak sempat nak hilang penat pun. Kalau aku bali Isnin sian pulak dye tinggal sorang-sorang kat uma.

Aku dengan housemate aku pun ambil la keputusan mencuba nasib cari tiket ke KL Sentral,tak kira la bas ke train ke asalkan nak balik umah. 
So hari jumaat after kelas aku pun siap-siap la barang nak balik and lebih kurang pukul 3.30 aku pun turun tunggu bas U90 kat Kolej Angsana UiTM Puncak Alam. Matlamat aku ngan housemate aku naik sampai ke Seksyen 2 Shah Alam.Tu la yang diajar oleh housemate aku lagi sorang. Sementara tunggu bas tu kitaorang pun pegi la beli coolblog kejap,hilangkan dahaga. Keluar je dari kafe angsana bas pun sampai,tapi da ramai orang tunggu depan pintu.


Bas Rapid yang sesak

'Memang tak dapat la nak rebut kerusi' selalunya bab-bab nak rebut kerusi ni aku teror la jugak. Jarang la tak dapat. hehe.
So kena la berdiri,da macam ikan sardin je berhimpit-himpit dalam tu. Dalam hati aku bersyukur sebab aku tak jadi nak bawak luggage aku yang besar gila tu,kalau tak tak tahu la macam mana nak gerak dalam keadaan orang ramai nie.
Aku pun cari la port sesuai nak berdiri,maklumlah UiTM Puncak Alam nie jalan berliku-liku,nanti tak pasal-pasal tergolek. Yang kelakarnya tengah-tengah ramai perempuan tu ada la pulak sorang lelaki. Memang dia dikepung gadis-gadis termasuklah aku ngan housemate aku. Rasa nak halau je dia pegi tampat lain. hehe.

Sampai kat Klang Sentral ramai la orang yang turun,aku pun apa lagi,cepat-cepat rebut kerusi kosong. (dengan ayunya aku mengejar kerusi,hehe ayu la sangat)
Yeah!!!finally dapat duduk,da lenguh urat-urat kaki aku.

'Erm...kalau ada tiket bas da lama aku turun kat Klang Sentral,tak payah susah-susah nak ke KL pulak' sedih je muka aku tengok Klang Sentral. Dalam hati berdebar-debar,ada ke tak tiket kat KL Sentral nie.
'Takpe la cuba tengok dulu' dengan hati yang ragu-ragu.

Lepas tu bas rapid KL U90 pun teruskan perjalanan yang panjang ke Shah Alam. Sampai la kat hentian terakhir,Seksyen 2. 
Mula aku buat bodoh je tak turun,aku ingatkan ada orang nak berhenti. Aku pun dengan baik hati bagi laluan kat orang sebelah aku nak turun.

'Jom,da sampai' Tiba-tiba housemate dari kerusi belakang panggil.

'Errr...da sampai ke...?' malunya,patutlah semua orang nak turun,aku je bertenang atas kerusi. hehe.

Ok,sekarang da sampai Seksyen 2. Next,kena naik U80 untuk ke KL Sentral. Agak terpinga-pinga aku ngan housemate aku. Nasib ada kawan housemate aku,orang Putrajaya kalau tak lagi susah. Da la ramai foreigner berkulit gelap kat sini,takut pulak aku bila teringat berita ramai gadis-gadis tersangkut dengan orang kulit hitam. Takpe2,yang nie nampak educated.

Tengah terpinga-pinga tiba-tiba teringat pesan mak aku bila aku cerita plan aku yang mak aku tak berapa nak setuju,

'Jangan buat muka bodoh sangat nanti senang orang tipu' haha..

'Z,mak aku cakap jangan buat muka bodoh sangat,jom buat muka pandai + berani sikit' hehe.

Tiba-tiba aku nampak orang beratur panjang aku pun ikut je la beratur.

'Kenapa la pulak nie beratur segala bagai,panjang pulak tu.'

Ohhh...rupanya nak beratur naik bas U80. Bagus-bagus takde la berebut-rebut macam kat Puncak Alam. (tapi aku la jugak yang suka berebut tu,nak dapat duduk punya pasal).Disebabkan aku barisan belakang,lagi sekali kena berdiri. Tapi sekarang lagi lama. Uwaaaa....aku dah penat nie. Rasa nak pitam je,tak larat nak berdiri dah,dengan galas bag nya. Aku pun paut kuat2 kat tiang tempat aku berdiri,risau pitam tengah orang-orang ramai. Perjalanan dah la jauh nie. Aku  lentokkan jela kepala aku kat tingkap tu sambil tengok-tengok jalan raya yang makin jam. (tension nye life kat kl) Hujan pun makin lebat,kereta pun da gerak makin perlahan,bas lagi la lambat. Adoiii....maknanya lagi lama aku kena berdiri nie. 'Sabar-sabar' Aku cuba tenangkan diri walaupun da banyak kali mengeluh rasanya. Nampak pulak signboard iklan kfc. Ya Allah memang aku lapar gila nie tambah lagi tengah hujan nie. Dalam kepala,sampai je nanti lepas beli tiket nak makan kfc. Ok,set dalam mind.


Tengah-tengah jalan jam,tiba-tiba driver bas nie asyik hon je dari tadi. Geram pulak aku tengok pak cik tu. Kalau tak boleh nak kerja under pressure jangan la jadi driver bas kat kl. Tak boleh ke nak bersabar sikit,aku yang berdiri nie pun boleh sabar lagi. nanti kalau accident aku jugak yang kena skali. Ishhhh..

Aku tengok jam,da pukul 6.30. Kawan aku cakap jauh lagi nak sampai. Aku tengok orang yang tengah duduk tu dengan muka kesian tapi takde siapa yang kesian. hehe. Dalam hati,rasa nak buat pengsan je,mesti orang bagi duduk. huhu...
Tengah berangan-angan idea gila,dengar la dunyi loceng ditekan. Alert2,ada orang nak turun. Hehe. Alhamdulillah,memang ramai yang turun termasuk  la foreigner2 tu. So aku lagi skali dengan gaya ayu berbaju kurung berlumba la mengejar kerusi. Yeah!!!!dapat duduk. Tersandar terus,memang penat gila. Tengok jam nak dekat pukul 7. Bila la nak sampai KL Sentral nie,nak sampai Ipoh lagi la jauh dari bayangan.


'Z,ada ke tiket nie...???'



'Ada InsyaAllah' huhu....kalau takde nanti macam mana. Nak balik Puncak Alam gate da tutup. Tak balik nak duduk mana pulak. Tiba-tiba aku jadi takut. Tapi sekarang aku memang da dalam bas,otw nak ke kl sentral. So,imposible la nak patah balik,duduk jela.



After lame berangan memikirkan masa depan dalam bas,akhirnya sampai la jgak aku kat kl sentral. Dengan pantasnya aku pergi kaunter cari tiket dan bermula la kisah malang aku untuk arini bila semua tiket nak ke ipoh da abis. Nak taknak aku pun beli jela tiket esk pg pukul 6. Alang-alang da sampai balik jela,nak balik puncak alam pun imposible.



So,sekarang masalah besar,nak tidur kat mane malam nie...??? Disebabkan masalah nie, terjadi la satu pengalaman yang tak pena aku buat sepanjang hidup aku. huhu.



Citer dia macam nie,kawan housemate aku orang Putrajaya tu ajak pegi uma dye,tapi aku rase cam susah sebab tiket kul 6. Nanti susah nak gerak awal-awal pagi dari Putrajaya ke Kl Sentral,menyusahkan orang je. Nak naik dari Putrajaya cam malas je sebab tiket lambat,aku nak sampai uma cepat. So,aku bercadang nak tidur kat surau je. So,kawan baru aku tu pn gerak balik.



Sekarang tinggal aku ngan Z yang dua-dua takde pengalaman naik bas jauh-jauh nie. Kiteorang berbelah bahagi nak tidur kat surau,cam bahaya sebab surau dye ceruk gile. Tapi ape-ape pun aku nak makan dulu,siyes lapar. Makan KFC,sebab nak terbayang-bayang dari dalam bas lagi. Hehe.



Sambil makan tepon sume kawan-kawan yang duduk area KL,nak ajak jalan sebenarnya. Awal lagi,nak tunggu je memang bosan la,dah la crowded. Tapi sume duduk jauh,takde transport,ade yang da sampai Ipoh pun. Erm...jeles2.



Tiba2 Z cakap kawan dye ade kat area kl,otw nak balik kolej kat UiTM Shah Alam. So,dengan rase lega kiteorang tukar plan,nak tidur kat kolej kawan aku,selamat sikit. Lega rasenya,kiteorang pun tunggu la kawan Z datang amik. Nasib dye bawak kereta walaupun sebenarnye dye takde pun sticker bawak kenderaan masuk UiTM.



After agak lame tunggu akhirnya aku duduk jugak kat seat kereta,dengan air cond. Memang nikmat gila untuk aku yang memang da penat gila,dengan blum mandi lepas balik kelasnye. Huhu. Sekarang kiteorang bertiga berkejar nak ke Uitm Shah Alam sebab gate kolej tutup kul 12. Tapi memang macam tak sempat. Masalah lagi..Adoi...



Tapi kawan Z cakap,takpe small matter. Dye da biase balik lambat. Aku dengan terpinga-pinga tanye macam mane nak masuk and jawapannye 'PANJAT PAGAR'.

Ha....????Seumur hidup aku tak pena panjat pagar kolej kot. Orang panjat pagar sebab nak fly asrama tapi aku panjat pagar sebab nak curi masuk asrama!!! Aku da memang risau membayangkan nak kena panjat pagar. Mane taknye,da laaku nie tengah ayu bernaju kurung!!! Tapi nak buat macam mane tu je jalan yang ade. So,aku redha.


As expected earlier,memang gate da tutup. So,memang kena panjat pagar. Terkejut aku tengok pagar,memang tinngi. Macam mane aku nak panjat nie...???



Mula-mula kawan Z yang da pro tu panjat,then dye sambut bag aku ngan Z. Pastu aku pulak panjat memandangkan aku pakai baju kurung,so Z kena cover aku sebab still ade orang yang lalu lalang. Ade la beberapa mata yang tengok aksi memanjat kiteorang. Siyes aku malu!!



Cubaan memanjat aku yang pertama gagal sebab kasut aku licin. So,aku tanggal kasut n mula memanjat. Berjaya panjat fasa pertama. Malunye aku,da macam ape je panjat pagar tinggi pakai baju kurung. Dah memang hilang segala kesopanan,keayuan. Huhu. Bila aku da selamat atas pagar,tiba-tiba aku terjerit agak kuat sebab aku takut gila. Beberapa orang kat area tu da memandang. Malu3. Dengan terkial-kial aku pun lompat turun. Alhamdulillah selamat.



So,selamat jugak la aku sampai ke kolej kawan Z. Fuhhh!!!sedap nampak katil. Tapi before that aku pergi bilik roomate aku mase kat matrik. Dye pun terkejut aku datang,and aku pun non-stop la cter kat dye. Sebab da tak tahan sangat tak mandi dari tengah hari aku pun pinjam la baju kawan aku and mandi la tengah-tengah malam. Aku tumpang tidur bilik dye tapi aku tak nak tidur sebab aku takut tak bangun sebab kepenatan. Tiket pukul 6,so at least pukul 4.30 kena bangun,sekarang da nak pukul 1.



So,aku pun tengok la movie nak menghalang dari tidur dan aku berjaya tak tidur sampai la 4.30. After kejut Z n bersiap,kawan Z lagi sekali kena anta kteorang ke KL Sentral. Kagi sekali kena panjat pagar sebab gate bukak pukul 6. Sekarang aku paki seluar,so da teror sikit. Haha.



Finally pukul 5.50 aku duduk jugak dalam train menuju ke Ipoh Penat tak hilang lagi sebab kisah semalam tapi aku lega sebab aku da ade dalam train. Tu la pengalaman aku gara-gara nak balik uamg time study week. Nampak macam budak nakal pulak aku,tapi nak buat macam mane...tak sangka jadi macam nie. Moral of story,beli tiket awal-awal,jangan buat keje gila macam aku. Huhu.




No comments:

Post a Comment