jumaat,6 dis 2013
aku dan 14 lagi kawan yang lain pergi side visit di cure n care kat chow kit untuk subjek drug of abuse.
cure n care nie sebuah organisasi bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang bertujuan memberi ruang untuk pesakit-pesakit merasa diri mereka diterima masyarkat dan menjadi plaform untuk berubah.
cure n care nie bukan macam pusat serenti yang lebih menekankan disiplin untuk membuat mereka berubah, tapi cure n care nie lebih kepada memberi pengetahuan,dan perlindungan kepada pesakit sebab kebanyakan mereka dibuang keluarga.
sebelum tu untuk entry aku,
aku akan gunakan term pesakit bukan penagih,
sebab mereka adalah pesakit,mereka insan yang kurang bernasib baik,
maybe ramai yang berfikiran negatif terhadap mereka,
tapi kita tak tahu apa yang mereka lalui sampai mereka jadi macam tu,
kita tak terlibat mungkin sebab kita bahagia disamping keluarga,tak seperti mereka yang mungkin kurang kasih sayang.
kita tak terlibat mungkin sebab kita cukup didikan agama,tak seperti mereka yang mungkin tidak berkesempatan dan mungkin kurang mengenali tentang agama,
ada juga yang terlibat sebab tension,kecewa sebab hati mereka tak kuat,jadi kita patut bersyukur masih dikurniakan hati yang tabah mengharungi hidup,
ada dari kalangan yang terlibat berpelajaran tinggi, mereka tahu itu dadah, tapi mereka tetap menggunakannya, jadi kita patut bersyukur kita masih selamat.
ramai yang terlibat sebab ketidak sengajaan,pengaruh kawan,semua nie berpunca dari hati yang masih lemah,fikiran yang masih mentah.
jadi tak sepatutnya kita sebagai komuniti membuang mereka,
sebab mereka bukan sampah masyarakat,
ramai yang tak terlibat dengan dadah tapi selayaknya digelar sampah masyarakat,
siapa..??
mungkin orang yang makan harta-harta anak yatim...???
kadang-kadang orang yang nampak dikagumi tapi hakikatnya tetap melakukan kerosakan terhadap orang lain,sekurang-kurangnya mereka melakukan kerosakan terhadap diri sendiri,
walaupun keluar berita rompakan,pembunuhan yang melibatkan penagih, sekurang-kurannya mereka pesakit,pesakit yang mengalami mental disorder disebabkan dadah.
kadang-kadang bila orang lain melakuakan kesalahan, kesalahan tersebut mungkin berpunca dari kita.
mereka melakukan rompakan,ragut disebabkan ketiadaan wang melepaskan gian.
tapi bukan bermakna kita perlu memberi wang supaya mereka dapat membeli dadah.
salah kita sebab membuang mereka termasuk ahli keluarga,
salah kita tak membantu mereka berubah,
bila mereka cuba berubah,kita masih prejudis terhadap mereka sampai mereka rasa tiada guna untuk mereka berubah.
kadang-kadang untuk mengubah orang lain,kita yang patut mulakan perubahan. InsyaAllah.
kadang-kadang untuk mengubah orang lain,kita yang patut mulakan perubahan. InsyaAllah.
![]() |
| rawatan Methadone by pharmacist (alumni uitm) |
![]() |
| sesi perkongsian dengan pegawai cure n care |
![]() |
| meninjau sekitar cure n care |
![]() |
| classmate drug of abuse sem 3 2013 |




No comments:
Post a Comment