Friday 26 September 2014

i miss u

salam.
firstly aku tulis nie bukan nak bukak cerita lama, tapi sejujurnya...time aku tengah tulis nie aku rindu sangat dengan seseorang.

aku ada seorang kawan...yang aku teramat-amat rindu. sampai sekarang aku tak pernah lupakan dia n aku selalu rindu dia,rindu yang tak terucap,rindu yang tak pernah hilang,rindu yang tersimpan dalam hati lama sangat dah sejak kejadian tu. bila aku tengok update dia kat fb, aku terluka, hati aku menangis,aku tanya dengan diri aku 'kenapa kita jadi macam nie..?'


nak keep in touch memang senang sekarang,macam2 ade.whatapp,fb,insta...tapi mungkin susah bagi aku dengan dia. persahabatan yang musnah disebabkan baju!!! tak perlu nak diperjelaskan siapa yang bersalah antara kitaorang sebab masing2 ade perspektif dan perasaan sendiri. aku mungkin boleh defend diri aku sampai beratus muka surat thesis pun untuk cakap aku tak salah n untuk cari kesalahan dia,tapi hakikatnya...dari pandangan dia,dari hati dan perasaan dia, dia mungkin ada beribu helai thesis untuk cakap yang dia betul dan aku salah, jadi tak guna untuk tegakkan siapa betul dan siapa salah sebab sejak kejadiaan tu kitaorang memang 'kawan' tapi bukan kawan macam dulu.


dia bukan lagi orang yang aku akan mesej,gossip,jalan..aku tak boleh nak lepak rumah dia...aku tak boleh nak cerita tentang crush aku kat dia..aku tak boleh nak ronda2 naik moto ngan dia.dia orang yang aku percaya tapi hubungan aku dengan dia jadi teramat2 'awkward' sekarang!!! kitaorang tak pernah declare 'mulai hari nie kita bukan kawan' tapi sejak kejadian yang jadi masa form 5 tu, hubungan kitaorang dengan sendiri jadi macam nie. masa dan persekitaran mengubah semuanya.

satu momen yang aku selalu terkenang, kitaorang pergi ipoh parade dengan adik leleki dia sekali, cari buku terpakai kat kedai ape name ntah, banyak sangat kitaorang beli buku, nak dekat 20 buku rujukan kot. yela nak exam la katakan, sampai berehat kat bangku sebab penat. tapi ada hati pulak nak shopping baju!! adik dia pulak da macam manager kitaorang kena tolong bawak barang. akhirnye da tak larat sangat tapi desire nak shopping masih membuak so kitaorang pun decide letak barang2 tu dalam locker helmet. locker helmet da la jauh kat tempat parking moto tu, pastu masuk balik sambung shopping, pastu keluar balik ambik barang. keluar2 hujan lebat, nak balik naik bas susah, so kitaorang pun naik la teksi.

Monday 12 May 2014

aku tak bodoh

baru-baru nie TV3 ada tayang satu short movie bertajuk 'aku tak bodoh'
slot hari ahad,3 petang.
entah kenapa aku rasa cerita nie menarik sebab banyak pengajaran dan lawak yang bersahaja.
aku tak pernak buat review tentang apa-apa cerita,tapi aku memang suka komen cerita yang aku tengok.
akhir-akhir nie cerita melayu terlalu sterotaip,kalau drama tak habis-habis dengan kisah cinta,kahwin paksa.
kalau filem pulak,sakan dengan cerita hantu,rempit,gangster.
kurang cerita-cerita kekeluargaan. mungkin ada diselitkan dalam filem-filem yag dibuat tapi kebanyakannya tak sampai maksudnya sebab terlalu fokus dengan adegan-adegan rempit dan gaduh dan juga tagline yang kurang bijak yang senang menjadi ikutan kanak-kanak dan remaja.
alasan pengarah 'rakyat bijak menilai'. jawapan cliche 'adegan tersebut memberi pengajaran supaya jangan ikut apa yang ditunjukkan'.
tapi tu cerita lain,sekarang nak cerita apa yang menariknya dengan cerita 'aku tak bodoh' nie.


secara ringkasnya cerita nie tentang dua orang kawan baik dari dua buah keluarga,kaya dan miskin.
tapi kedua-duanya kurang kasih sayang dan perhatian sehingga menyebabkan mereka mula terjebak dengan perkara-perkara negatif.
keluarga yang kaya kurang kasih sayang sebab ibubapa yang terlalu sibuk,budak yang miskin nie pulak tinggal dengan seorang ayah yang baran,kaki pukul dan selalu memaki hamun,dan ibu dia juga dah meninggal.

Thursday 10 April 2014

blossom flower

sepasu pokok ada banyak kuntum bunga.
walaupun ada sekuntum bunga yang sihat,cantik dan segar,tapi kalau kuntuman bunga yang lain layu dan tak cantik,pokok tu tetap nampak tak cantik.
dalam erti kata yang lain,hidup bukan tentang 'siapa kita' tapi hidup juga tentang orang disekeliling kita.
ini ialah analog kehidupan,tapi analog ni terhenti sampai disini.


sebab bunga dan manusia adalah ciptaan Allah yang berbeza.
sekuntum bunga yang segar tak mampu nak memberi nutrien yang dia ada dekat kuntuman bunga yang lain,walaupun dari akar yang sama.
tapi manusia yang dikurniakan akal mampu memberi dan berkongsi kelebihan yang dimiliki dengan manusia lain. sebab itu manusia diangakat darjatnya oleh Allah s.w.t.

Monday 27 January 2014

hatiku dan hati mu milik Allah....

Macam mana nak mengubah hati seseorang,
Sedangkan hati mereka milik Allah,
Hatiku juga milik Allah

Satu-satunya jalan mengubah hati seseorang ialah berdoa pada Allah,
Sebab Allah jualah yang memegang hati manusia,
Dan berdoalah pada Allah menjadikan hati kita menyanyangi insan lain,
Agar doa yang diiringi kasih sayang dimakbulkan Allah s.w.t

Friday 17 January 2014

adakah hidup yang sempurna..?

I'm not perfect because life is never be perfect.
Ada orang cakap 'hidup kau straight,perfect tak bengkang bengkok'
Dia cakap 'tapi jangan lupa....hidup macam roda'

Tapi dia tak tahu aku pun macam orang lain yang pernah ada dibawah,
Lebih dari bawah....sampai pancit roda aku,
Tapi lumrah manusia selalu nampak bila kita kat atas,
Bila kita dekat bawah,tak ramai yang mengerti betapa susahnya untuk naik ke atas.

Saturday 21 December 2013

ulangkaji

ulangkaji ataupun study,
kenapa dinamakan ulangkaji...???

sebab....
untuk belajar,memahami dan mengingati sesuatu kita perlu ulang topik tu berkali-kali,
bukan menghafal topik tersebut.
bila da ulang,kita perlu kaji,ataupun analisis,apa yang masih kita tak faham.
mengkaji bermaksud kita perlu aktifkan otak untuk bertanya kepada diri sendiri 'kenapa jadi macam nie?' 'apa kaitan a dan b' dan jugak mengaitkan satu topik dengan topik yang lain.

Sunday 8 December 2013

mereka adalah pesakit..

jumaat,6 dis 2013
aku dan 14 lagi kawan yang lain pergi side visit di cure n care kat chow kit untuk subjek drug of abuse.
cure n care nie sebuah organisasi bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang bertujuan memberi ruang untuk pesakit-pesakit merasa diri mereka diterima masyarkat dan menjadi plaform untuk berubah.
cure n care nie bukan macam pusat serenti yang lebih menekankan disiplin untuk membuat mereka berubah, tapi cure n care nie lebih kepada memberi pengetahuan,dan perlindungan kepada pesakit sebab kebanyakan mereka dibuang keluarga.

sebelum tu untuk entry aku,
aku akan gunakan term pesakit bukan penagih,
sebab mereka adalah pesakit,mereka insan yang kurang bernasib baik,
maybe ramai yang berfikiran negatif terhadap mereka,
tapi kita tak tahu apa yang mereka lalui sampai mereka jadi macam tu,

kita tak terlibat mungkin sebab kita bahagia disamping keluarga,tak seperti mereka yang mungkin kurang kasih sayang.
kita tak terlibat mungkin sebab kita cukup didikan agama,tak seperti mereka yang mungkin tidak berkesempatan dan mungkin kurang mengenali tentang agama,
ada juga yang terlibat sebab tension,kecewa sebab hati mereka tak kuat,jadi kita patut bersyukur masih dikurniakan hati yang tabah mengharungi hidup,
ada dari kalangan yang terlibat berpelajaran tinggi, mereka tahu itu dadah, tapi mereka tetap menggunakannya, jadi kita patut bersyukur kita masih selamat.
ramai yang terlibat sebab ketidak sengajaan,pengaruh kawan,semua nie berpunca dari hati yang masih lemah,fikiran yang masih mentah.

jadi tak sepatutnya kita sebagai komuniti membuang mereka,
sebab mereka bukan sampah masyarakat,
ramai yang tak terlibat dengan dadah tapi selayaknya digelar sampah masyarakat,
siapa..?? 
mungkin orang yang makan harta-harta anak yatim...???
kadang-kadang orang yang nampak dikagumi tapi hakikatnya tetap melakukan kerosakan terhadap orang lain,sekurang-kurangnya mereka melakukan kerosakan terhadap diri sendiri,
walaupun keluar berita rompakan,pembunuhan yang melibatkan penagih, sekurang-kurannya mereka pesakit,pesakit yang mengalami mental disorder disebabkan dadah.
kadang-kadang bila orang lain melakuakan kesalahan, kesalahan tersebut mungkin berpunca dari kita.


mereka melakukan rompakan,ragut disebabkan ketiadaan wang melepaskan gian.
tapi bukan bermakna kita perlu memberi wang supaya mereka dapat membeli dadah.
salah kita sebab membuang mereka termasuk ahli keluarga,
salah kita tak membantu mereka berubah,
bila mereka cuba berubah,kita masih prejudis terhadap mereka sampai mereka rasa tiada guna untuk mereka berubah.
kadang-kadang untuk mengubah orang lain,kita yang patut mulakan perubahan. InsyaAllah.

rawatan Methadone by pharmacist (alumni uitm)

sesi perkongsian dengan pegawai cure n care

meninjau sekitar cure n care

classmate drug of abuse sem 3 2013